Sabar dalam Ujian


 

Jam keretaku menunjukkan pukul 1.09 petang. Aku memberhentikan pemanduanku di suatu tempat lalu turun dari kereta yang ku pandu. Aku pandang sekelilingku dan ternampak papan tanda yang tertulis,

‘ Selamat datang ke Pantai …. ‘

“ Huuuhh! “ Aku melepaskan keluhan ku dan ku teruskan langkah kakiku meskipun hatiku terasa berat dengan minda yang bercelaru. Lalu aku terlihat sebuah bangku kosong yang terletak berdekatan dengan pondok dimana sebuah keluarga yang sedang seronok be riadah.

Hamparan pasir putih yang tersebar begitu indah, bagaikan kristal-kristal putih diatas tanah, memandang ombak di lautan yang seolah melambai, tapi apakah semua pemandangan indah ini mampu membunuh semua rasa lelah dalam diri ini?

Aku melihat kanak-kanak berlarian di atas pepasir yang sungguh indah itu. Beberapa keluarga sedang berriadah sambil ber ‘selfie’  Mereka kelihatan sungguh gembira seolah-olah perkataan ‘ masalah ‘ tidak pernah wujud dalam kamus hidup mereka.

Aku cemburu, sungguh cemburu akan mereka!

“ Aaaaaaahhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!! “, rontaan hatiku hendak melepaskan semua beban yang ku tanggung selama ini!

“ Mengapa aku? Mengapa????? “ keluhku sambil menitiskan air mataku ini.

Hidupku terasa kelam dan suram, aku benci semuanya! Mengapa aku diuji? Apalah dosa aku sampai aku di timpa musibah macam ni.. Kenapalah aku yang kena musibah? Kenapa bukan orang lain? Kenapa, kenapa, kenapa????  Aku benci mereka! Aku bingung dan aku buntu, apakah yang patut aku lakukan sekarang.

Aku sandarkan badanku kebangku kayu itu lalu ku tutup mataku dengan harapan segalanya akan hilang. Tiba-tiba aku disapa oleh seorang wanita yang berumur dalam persekitaran 30-an.

“ Assalamualaikum lai, sorang saja? “

“ Waalaikumsalam , awu sorang sja  “

Tanpa dipelawa dia terus duduk disebelahku, aku memalingkan pandanganku semula ke pantai dan tanpa ku sedari aku mengeluh sekali lagi.

“ Kenapa mengeluh ani lai? Inda bisai mengeluh ani “

Aku menjeling kearah wanita yang duduk disebelahku, dan tetap mendiamkan diri.

“Mengeluh ani inda akan membuatkan situasi yang dihadapi menjadi lebih baik, membazir tenaga saja sama menimbulkan perasaan negatif dalam dirimu. Apa-apa saja masalah yang dihadapi ani cuba bawa senyum saja sma ucap ‘Alhamdulillah’ tarus terapkan sifat sabar dalam diri atu.  “

“  Auntie inda paham apa yang ku rasa, sakit rasanya auntie, sakit! Nada orang paham auntie. Auntie cakap sananglah, tapi aku yang membuat payah. Iatahtu, orang zaman sekarang tau sja bagi nasihat apa mcm sibanar tapi cuba liat dorang inda jua tau wah apa yang ku rasa. Manakan inda….  “ , sindirku.

Wanita itu tersenyum, “ Kalau kau inda kisah lai, cuba ceritakan apa masalahmu ani, inda jua ‘sihat’ tu menyimpan semua masalahmu atu arah dirimu saja, kadang-kadang ada jua baiknya bah kalau di sharekan masalahmu atu arah orang lain jua. Manatau orang lain dapat menolong menyelesaikan masalahmu atu. Kan ‘ Sharing is caring ‘ …. “

Aku terus menyepikan diriku tanpa menghiraukan apa yang dikatakan olehnya.

“ Lai, mau tau cerita? Auntie ani ada seorang ahli keluarga yang sangat special. Alhamdulillah, auntie tetap bersyukur atas anugerah Allah pasal auntie tau apa yang berlaku ani ada hikmahnya. Tapi, mulut orang ani payah kan tani jaga lai, disebabkan kekurangannya atu ada lah sesetengah orang hina dan pandang rendah arahnya. Senyuman sinis atu balik-balik sudah auntie nampak tu, inda auntie hairan dah…, ”

Tiba-tiba muncul rasa berminat ingin mendengar cerita wanita itu. Dengan tidak ku sedari, aku palingkan wajahku untuk menatap wajah wanita itu,

“Tapikan, sebagai salah seorang ahli keluarganya, mestilah ketani inda sanggup meliat ia kana hina kan. Rasa bagaikan ada pisau yang menikam diri ani, jadi auntie tahan saja perasaan ani. Pernah pulang timbul perasaan marah atu, rasa auntie macam auntie kan bagi lada arah mulut dorang atu ataupun auntie simbahi kah sama air kononnya supaya tarus sadar diri lah, tapi setiap kali terdetik perasaan sama permikiran atu, auntie tarus istighfar dan cuba bawa bersabar, sebab auntie tau pandangan dorang inda penting, yang penting pandangan Allah saja. Auntie tahu disetiap apa yang terjadi ada hikmahnya. Auntie tau Allah inda akan menguji auntie sekeluarga melebihi kemampuan kami…. “

Dia berhenti sejenak sambil tersenyum bagaikan mengenang memori lama….

 “ Alhamdulilah, disebalik kekurangannya atu, auntie perhatikan ia punya minat ani lebih kepada hal keugamaan , banyak koleksi gambar-gambar masjid di simpannya di biliknya, ia sentiasa tu mendownload pelbagai irama adzan dan di simpannya arah hard disk nya. Setiap kali sembahyang berjemaah di rumah, ia rajin jua volunteer dirinya untuk menjadi bilal sampai Alhamdulillah ia pernah menjadi bilal di beberapa masjid-masjid di Brunei. “

Timbul rasa kagum terhadap orang yang dimaksudkan oleh auntie itu, meskipun dilabelkan sebagai ‘spesial’ tapi, hubungannya dengan Allah begitu kuat. Terbit pula rasa malu dalam diri ini. Betapa aku alpa dalam menjaga hubunganku dengan Allah, solatku, ngajiku, adakah selama ini aku jaga dengan sempurna? Adakah aku selalu manjakan ‘ Al-Quran ‘ itu atau ku biarkan menjadi salah satu koleksi buku-buku ku di rak ? dan tanpa malunya aku selalu merungut tentang apa saja perkara yang kurang menyenangkanku. Ku tatap wajah auntie, wajah auntie nampak tenang sahaja sewaktu bercerita tentang ahli keluarganya.

“ Tapi auntie ani bukan kan becerita pasal kelebihannya lah, apa yang auntie kan tekankan di sini ani, adalah, ketani sebagai hamba-Nya selalu mengakun yang ketani cintakan Allah tapi ketani selalu merungut dengan kesusahan dan musibah yang Allah timpakan arah ketani. Allah bagi kita musibah dan kesusahan atu sebab Allah ‘RINDU’ kan mendangar rintihan, rayuan dan tangisan ketani. Mungkin pasal ketani ani sudah terlalu lama lalai dengan nikmat-Nya, terlalu lama inda menangis dan terlalu lama jauh. Sebab atulah Allah bagi ketani kesusahan supaya ketani sadar yang ketani sebenarnya kerdil, inda berdaya dan penuh dengan dosa. Ketani ani hamba sebab atulah kembalilah tunduk patuh bersujud kepada Allah. Allah atu timpakan musibah bukan sebab Allah benci dan lupakan ketani, Inda lai, Inda! Tapi sebab Allah amat cinta dan sayangkan ketani! Tapi cuba renungkan, apa yang ketani balas? Cemana ketani membalas cinta Allah ani? Indakan ketani kan biarkan cinta yang agung ani bertepuk sebalah tangan saja? Indakan? Allah berfirman dalam hadith qudsi ;

 

“ Allah berfirman kepada Malaikat-Nya, “ Pergilah Kamu kepada hamba-Ku, lalu kamu timpakan bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku suka mendengar rintihannya.. “

                                                                         

                                                                               (HR Baihaqi & Tabarani)

“ Lai kau tau, Ujian ani umpama magnet dalam hidup ketani. Inda kira masa ataupun tempat, ujian atu mesti ada. Ah tapi, jangan hairan ujian ani bukan saja dalam bentuk susah, tapi buleh jua dalam bentuk kesenangan yang Allah bagi arah tani, tapi tani mesti ingat yang Allah atu inda akan menguji seorang hamba-Nya melebihi kemampuannya. Meskipun auntie inda tahu apa masalah yang kau hadapi lai, tapi auntie harap apa yang berlaku ani dapat jadi pedoman dalam hidup ketani. Jadinya, kunci untuk semua ani adalah ‘ Sabar’! Cuba alai fahami hadith nabi ani :

“ Tidak ada satupun musibah yang menimpa seorang yang beriman berupa duri atau yang semisalnya, melainkan dengannya Allah akan mengangkat darjatnya atau menghapus kesalahannya. “

                                                                                             (HR Muslim)

“ Kesabaran ani sebenarnya menuntut kepada pengorbanan dan penghayatan sebenar-benarnya. Andai nada kesabaran yang tinggi, mustahil untuk dilaksanakan ketaatan atu. Fikir dan renunglah diri sendiri… di tahap manakah kesabaran ketani? “

“ Kaaaaaaaaaaa… “ kedengaran jeritan dari seorang lelaki.

Aku toleh dan ku nampak seorang perempuan yang berkerusi roda sedang melambaikan tangannya ke arah kawasan kami,

“ Bah sekajap, kaka ke sana ni. “ Auntie menjerit balik ke arah pemuda itu,

“ Bah lai, auntie balik dulu ah. Adik auntie memanggil dah ah. Pikirkan tah saja apa yang auntie cakap tadi atu. Assalamualaikum! “

“ In shaa Allah auntie, Waalaikumsalam “

Dia menepuk-menepuk lenganku sewaktu kami bersalam. Lalu, auntie pun pergi mendapatkan adiknya dan perlahan-lahan mereka pun hilang dari pandanganku.

Aku memalingkan pandanganku semula ke pantai,

 

“ Ya, aku mesti sabar.. “

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply