Pre-Kem Ibadah 9: Selamanya istiqomah!


Kepentingan dalam membekalkan Islam, Iman, Ihsan di dalam menghadapi kejayaan.
Dari Abu ‘Amru, Sufian ibn Abdullah RA berkata:
Aku barkata: ‘Wahai Rasulullah (SAW)! Ajarkan untukku dalam Islam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah ‘Aku beriman kepada Allah. Kemudian hendaklah engkau beristiqomah’. (HR Muslim)
Setiap kejayaan yang ingin dicapai pasti memerlukan perancangan dan strategi yang tersendiri. Kriteria orang yang sentiasa ingin mencapai kejayaan biasanya mempunyai kriteria khusus yang membolehkannya mencapai kejayaan dalam
kehidupan di dunia dan juga akhirat. Apabila sesuatu impian yang ingin dicapai menusuk ke dalam minda dan perasaan, seseorang itu perlu berjiwa besar, serta menyakini bahawa impian yang ingin dicapai itu bukan semata-mata untuk kebaikan diri sendiri, tetapi dalam masa untuk kebaikan kepada umat islam.
14102734_1109447729122968_7386991717673440408_n
Rasulullah SAW bersabda:
‘Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.’ (HR. Thabrani dan Daruquthni)
Dalam mengejar impian, tiada yang terlepas daripada dugaan dan cabaran. Oleh itu, persediaan diri adalah penting
dalam menghadapi cabaran serta sanggup melepasi dan menempuhi halangan demi halangan yang mendatang. Sifat istiqomah iaitu tidak putus asa, adalah persediaan yang penting.
Bagi merangkumi kejayaan yang ingin dikecapi, kita perlulah mengambil risiko yang terbilang, serta mempunyai keyakinan kepada apa yang ingin kita capai dan lakukan itu. Halangan perlu dilihat dan diambil secara positif bagi memantapkan dan membakar semangat supaya terus berjuang sehingga kejayaan berada di dalam genggaman. Dalam kita berusaha secara istiqamah, atas strategi yang kita ingin laksanakan, kita juga perlu sentiasa mengharap dan berdoa kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, semoga usaha dan ikhtiar kita mendapat rahmat daripadaNya, diredhai olehnya serta dipermudahkan. Selebihnya kita perlu bertawakal kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, yang pasti mengetahui apa yang terbaik untuk kita disisiNya. Semoga Allah mempermudahkan perjalanan kita menuju kejayaan.

‘Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.’ (At-Talaq: 3).

Bagi menambahi teks tersebut, dalam mencapai kesejahteraan dalam kehidupan, kita perlulah mengimbangi kehidupan dunia dan akhirat dengan melaksanakan keserderhanaan dalamkehidupan kita. Keseimbangan dalam hidup ini dapat kita lihat pada kejadian alam di sekelilingkita. Dalam mengaplikasikan kehidupan kita pada masa kini, dalam mengejar kedudukan dan kemewahan, janganlah sampai kita terlupa diri sehingga tumpuan kita terlebih kepada keduniaan, lalu kita meninggalkan tanggungjawab akhirat. Jangan jadikan harta di dunia sebagai makinisma untuk memperolehi kebahagiaan di akhirat, kepentingan di dunia bukanlah segala-galanya, dan jangan jadikan kepentingan tersebut demi memuaskan nafsu
semata-mata.
Kesimpulannya, kita perlu memikirkan kata-kata yang dihuraikan oleh Yasmin Mogahed
iaitu ; “
keep dunya (worldly life) in your hand–not in your heart”, yang bermaksud jangan
mengorbankan hal-hal duniawi dengan hal-hal ukhrawi, atau dengan erti kata lain, kita perlulah
mengimbangi hal-hal duniawi dengan hal-hal ukhrawi.
download-2
Sekian, wassalam
-‘Atiq dan Hasbur

Leave a Reply